Tak dapat terima hakikat diceraikan suami selepas curang, wanita campak dua anaknya ke sungai

Oleh: Zuzu Yasmine

Tindakan tanpa belas kasihan, itulah yang digambarkan apabila seorang wanita ini telah menghumban dua orang kanak-kanak ke dalam sungai.


Kejadian yang berlaku di Iraq, telah mengejutkan ramai. Perbuatan wanita itu telah dirakamkan menerusi satu rakaman video CCTV yang telah tular baru-baru ini.

Motif balas dendam

Menurut laporan Gulf News, polis Baghdad bagaimanapun telah menahan ibu kepada anak lelaki berusia tiga tahun dan anak perempuan berusia dua tahun berkenaan.

Sumber menjelaskan wanita Iraq itu membuang dua anaknya dari jambatan kerana ingin membalas dendam terhadap bekas suaminya.



Tambah laporan lagi, ahli keluarga mereka pun berada dalam keadaan terkejut berikutan kejadian itu dan masih lagi berusaha mencari mayat dua beradik malang tersebut.

Suami ingin bercerai

Datuk kepada kedua-dua mangsa Abu Tahsin Deraji berkata, tindakan wanita itu mengakhiri nyawa anak-anaknya adalah kerana tidak boleh menerima hakikat suaminya meminta cerai pada bulan lalu.

“Kejahatan ini telah lama dirancang. Sudah hampir dua bulan wanita ini berpisah dengan suaminya.

“Pada Januari tahun ini, kami menangkap wanita itu dengan kekasihnya. Kami membawanya kembali ke rumah ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa ini adalah anak perempuan anda.

“Kami mahu menceraikannya di mahkamah. Mereka bersetuju. Kami tidak pernah berbincang perkara ini di mana-mana, dan kami juga tidak menunjukkan gambar-gambar (bersama kekasih) kepada sesiapa,” katanya.

Tragedi itu berlaku di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad. Kedua-dua mangsa Hur Mohammed dan Masuma Mohammed masih belum ditemui sejak kejadian pada awal 17 Oktober lalu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen