Kantoi panggil wanita lain 'sayang' di Instagram, Aaron Aziz kena 'warning' dengan isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah kahwin ni, jangan mudah sangat nak panggil orang lain sayang. Tak pasal isteri dekat sebelah tarik muncung panjang, kalau jenis yang sporting tak apalah kalau sebaliknya susah juga nak pujuk.



Tidak teragak-agak tinggalkan komen dengan panggilan ‘sayang’ di ruangan Instagram wanita lain, tindakan pelakon Datuk Aaron Aziz itu kantoi selepas ada netizen yang mengadu kepada isterinya.

Malik kantoi

Diketahui menerusi tag di Instagram oleh netizen, Datin Diyana Halik mengambil tindakan dengan memuat paparan skrin balasan komen suaminya di Instagram miliknya.

“Hi sayang, masak apa hari ini? Abang balik lewat sikit okay. Jangan rindu abang sangat okay…”



Rupanya wanita yang dimaksudkan itu adalah pelakon Bollywood terkenal iaitu Preity Zinta. Menurut Diyana, suaminya sememangnya peminat tegar pelakon terkenal itu.

“Memang dari dulu dia fanatik Preity. Tak apalah kasi peluang…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gurauan pasangan suami isteri ini, malah ada juga yang menyatakan “ganas tak ganas pun tetap takut...”.

 





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen