Pernah digantung tak bertali, wanita ini temui kebahagiaan selepas perkahwinan kedua

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah yang lepas sememangnya mengajar kita erti sebuah hidup yang penuh suka duka. Tapi, itu bukan penamat segala kisah bahagia, boleh jadi akan hadir peluang kedua yang memberi sinar kebahagiaan.


Seperti yang dilalui oleh wanita ini, selepas digantung tak bertali selama setahun tidak mematahkan semangatnya untuk untuk membuka hati kepada orang yang baru. Menerusi TikTok Nurul Fazliana berkongsi sedikit detiknya sebelum mencapai bahagia.



Setahun bergantung tak bertali

Mengimbau kembali kenangan lalu, dia yang terpaksa lalui penangguhan kes penceraian beberapa kali hingga akhirnya dipermudahkan juga. Dia juga berkongsi rakaman video saat suami barunya ambil borang nikah untuk perkahwinan mereka. Jelas terpancar kebahagiaan di situ.



Lelaki setia yang ikhlas

Berpegang teguh pada janji, rupanya suaminya barunya telah menduda selama empat tahun sebelum melamar Fazliana, malah selepas sebulan tahu dia menjadi ibu tunggal suaminya terus masuk meminang. Namun begitu, urusan penceraian yang agak panjang itu membuatkan perkahwinan mereka tertangguh.



Ada kebahagiaan kali kedua

Percaya pada jodoh mereka, Fazliana tidak sangka kebahagiaan itu akan menjadi milik mereka. Dia juga percaya bahawa setiap orang layak untuk bahagia dan peluang kedua sentiasa bahagia.



Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkongsi nasib yang sama bergantung tak bertali oleh pasangan mereka. Tak hanya itu saja, ada juga menyatakankan bahawa dia kelihatan sangat bahagia dengan perkahwinan barunya ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen