Selangor tak ada air, Ustaz Ebit Lew hantar lori agih air

Oleh: Zuzu Yasmine

Dua tiga hari ini agak kecoh di Selangor kerana masalah bekalan air terputus. Mulanya batang paip besar pecah selepas itu berlaku pula pencemaran air hingga menjejaskan kawasan yang terlibat. Orang ramai juga tentunya sudah puas mencari bekalan air ke sana sini.




Beli dua lori air

Sedih melihat nasib yang menimpa orang di Selangor, Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew tanpa ragu-ragu membeli dua lori air besar untuk diagihkan di kawasan yang terputus bekalan air.

Menurut Facebook miliknya, beliau melakukan agihan air itu di kawasan pinggiran Batu Cave dari 10 malam hingga ke subuh malah masih lagi belum selesai.

Beliau yang bersimpati dengan nasib mereka yang tinggal di PPRT, kerana yang datang mengambil agihan air itu dari pakcik dan makcik yang sudah lanjut usia. Malah, ada juga yang meminta bantuannya dalam mengangkat air ke rumah mereka.

Turut hulurkan bantuan

Tulisnya lagi, dalam keadaan seperti ini dapat lihat ramai yang muda akan membantu yang tua, malah kanak-kanak juga turut datang mengambil air. Pengerusi flat dan AJK dari pelbagai bahagian turut menghulurkan bantuan bersama AJK surau.

Semoga dipermudahkan

Dalam kesempatan itu juga, Ustaz Ebit Lew turut mendoakan agar semua tempat yang terlibat dengan masalah bekalan air ini akan dipermudahkan, malah beliau juga meminta bantuan ramai agar dapat menyalurkan bantuan kepada beberapa pusat kesihatan yang juga memerlukan bekalan air.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan beliau malah, ada juga yang berkongsi tempatnya juga terlibat dalam masalah bekalan air.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen