Mula-mula ajak pergi kenduri kahwin, tak sangka dapat lamaran kahwin

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu datang dalam pelbagai cara. Boleh jadi hari ini hanya anggap kawan esok lusa boleh berkasih sayang, sama juga macam hari ini reject dirinya tapi esok lusa dia pula yang duduk bersama atas pelamin. Jodoh ni datang pelbagai cara.




Tiba-tiba jadi lamaran

Macam kisah yang dikongsikan wanita yang lebih mesra dipanggil Aten ini, dia memuat naik perbualan dengan suaminya sebelum mendirikan rumah tangga. Pada mulanya mereka ini hanya sekadar kawan saja, malah dia juga sempat berseloroh dengan suaminya untuk mengundang ke majlisnya kelak.

Jual mahal

Tanpa disangka jemputan kahwin yang hanya main-main itu telah menjadi lamaran dari suaminya namun, wanita ini jual mahal pada mulanya. Mula-mula jual mahal tapi lama-lama jatuh sayang. Tapi itulah dinamakan jodoh, dari tak suka boleh jadi suka.



Tapi jual mahal sekali pun, kini pasangan ini telah selamat menjadi suami isteri malah sekarang ini mereka juga memiliki seorang bayi yang sangat comel.



Perkara ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata masih menunggu lamaran dari seseorang, malah ada juga yang mendoakan pasangan ini agar kekal bahagia hingga ke jannah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen