Cari pasangan bukan yang cantik je tapi yang sanggup susah senang

Oleh: Zuzu Yasmine

Berangan pasal nak kahwin ini memang seronok. Fikir pasal layanan suami ke atas isteri begitu juga sebaliknya. Biasanya perkara yang sweet dan romantik je terlintas, itu yang timbulkan rasa nak kahwin sangat. Tapi alam rumah tangga bukan sekadar itu sahaja. Dah bersedia ke nak kita nak tempuhi ujiannya?


Menurut satu perkongsian di Facebook milik Mohammad Azlan Mat Bunut, dia melihat pasangan suami isteri yang hanya nak motosikal tetapi kelihatan sangat bahagia. Walaupun pada wajah suami kelihatan penat, tapi isterinya pula tersenyum bahagia.

Dah sedia ke nak kahwin?

Melihat pasangan itu, Azlan teringat akan pesan ibu ayahnya sebelum mendirikan rumah tangga kesediaan diri itu adalah sangat penting kerana selepas kahwin banyak perkara perlu disediakan.

“Dah bersedia nak menyediakan keperluan anak bini, susu pampers, duit belanja, duit sakit, wang dapur, pakaian dan tempat tinggal. Kalau dah alhamdulillah, tapi bakal pasangan dah ready ke nak susah senang bersama,” katanya.

Pesan ibu ayah bila mencari jodoh

Malah, dia juga teringat akan pesan bapanya agar mencari teman hidup yang mampu bersusah senang bersama kerana tidak semua pasangan mampu susah senang bersama-sama. Ramai yang cantik tapi tak ramai yang sangguh susah bersama.

“Cari wanita yang mampu berpanas dan berhujan bersama, bila balik kerja tengok muka isteri dan anak mampu naikkan semangat dan keringat penat hilang serta mereta,” tambahnya.

Beliau juga mengingati pesan ibunya dalam menjadi suami yang baik kelak. Tentunya pesanan ibunya ini akan diingati supaya rumah tangga yang dibina akan lebih kukuh dan harmoni.

“Esok lusa ah nak jadi ketua keluarga, tiang amalan mesti kukuh. Kalau duit berlipat tapi akidah ke laut, amalan tak sempurna isteri sebaik-baik pasangan boleh jadi sejahat manusia.”

Dia yang teringat segala pesan ibu ayahnya saat melihat pasangan ini merasakan bahawa pentingnya mencari wanita yang mampu bersusah bersama-sama bukanya hanya inginkan kesenangan semata.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen