Taktik beri nombor telefon pada si gadis untuk kenal, boleh percaya ke?

Oleh: Zuzu Yasmine

Mendapat nombor telefon dari seseorang yang tidak dikenali adalah salah satu usaha mencari pasangan hidup. Mana tahu yang menerima nombor itu bersetuju untuk saling berkenalan. Memang jodoh lah, tapi bagaimana pula kalau ragu-ragu?


Biasanya orang akan teruja kalau dapat nombor telefon dari seseorang yang menunjukkan minat padanya, tapi berlainan pula dengan gadis ini. Menerusi capaian Twitter, gadis yang mahu dikenali sebagai Bella ini berkongsi gambar berserta nama dan nombor telefon seseorang yang dia perolehi.

Tidak boleh percaya kan...?

Walaubagaimana pun, dia yang mempunyai ‘trust issue’ merasakan tindakan lelaki ini tidak boleh dipercayai. Jelasnya, jika dia pernah melakukan ini padanya, tentu pernah lakukan pada orang lain juga. Malah dia merasakan lelaki tersebut tidak boleh percaya.

Bukan kerana rupa

Namun, Bella juga menegaskan bahawa perkara tersebut tak ada kena mengena dengan rupa seseorang tetapi dirinya yang mempunyai masalah untuk percaya. Dia percaya bahawa tidak semua lelaki sama malah masih ada lelaki yang baik di luar sana.

Perkara ini mendapat perhatian dari warganet yang turut menjelaskan bahawa mereka yang mempunyai masalah ‘trust issue’ ni akan menolak sesiapa pun.

Tapi ada juga yang menasihatkan bahawa itu adalah salah satu usaha darinya untuk mencari jodoh, malah bukan mudah nak mengambil langkah yang berani seperti itu.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen