Nada wartawan berita TV baca lafaz sebelum nikah tarik perhatian ramai

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila terlalu minat dengan bidang kerja sendiri, kadang sampaikan kebiasaan itu terbawa-bawa di luar waktu kerja. Tindakan itu biasanya automatik, malah diri sendiri pun tidak sedar apa yang telah dilakukan namun, orang lain sedar tentu akan memahami.


Terpukau orang sekeliling

Seperti rakaman pengantin yang tular ini, tanpa sengaja dia telah melontarkan intonasi seperti sedang menyampaikan berita ketika sedang membaca lafaz izin restu daripada anak bagi seorang bapa untuk menikah. Malah, orang sekelilingnya juga seakan terpukau mendengar nada pengantin perempuan itu.

Rupa-rupanya...

Terpukau dengan nada pengantin tersebut, rupanya dia merupakan penyampai berita di sebuah syarikat media tempatan. Hanis Razak telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya pada Februari 2019 lalu.

Rakaman tersebut telah lama tetapi mendapat perhatian dari warganet selepas rakannya memuat naik video tersebut di Twitter dan telah mendapat lebih 99,000 tontonan. Malah netizen juga ada yang berseloroh menyatakan adakah pengantin sedang lakukan ‘voice over’ atau membaca lafaz.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen