Lebih memandang rupa paras dan wang ringgit, wanita ini dikecewakan 10 lelaki

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua orang bernasib baik dalam pasangan mencari pasanan hidup ini. Ada yang dikecewakan berkali-kali, ada juga jumpa sekali terus berhasil. Mencari seseorang yang menerima siapa kita tanpa muslihat disebaliknya bukanlah satu perkara yang mudah.




Seperti kisah wanita ini yang telah dikecewakan oleh tujuh lelaki dalam usahanya mencari pasangan hidup yang sesuai. Menurut Normah, 38, lelaki yang mendekati dirinya bukan niat untuk membina rumah tangga dengannya tetapi ingin menumpang apa yang dia miliki.

"Sejak tiga tahun lalu, saya sudah berkenalan dengan tujuh lelaki namun semuanya bukan mahukan saya kerana 'saya'.

"Sebaliknya, mereka hanya mahu menumpang dengan 'kestabilan kerjaya' serta ciri-ciri yang ada pada saya," katanya.

Inginkan wang ringgit

Dia juga turut mencuba nasib dalam laman cari jodoh tempatan malah melanggan pakej tertentu bagi memudahkan urusan perkenalan juga tidak bernasib baik dalam usahanya itu. Rata-rata lelaki yang mendekati dirinya lebih menginginkan wang ringgit darinya.

"Hasilnya, saya didekati lelaki. Saya berpeluang mendampingi mereka, namun semuanya dilihat lebih 'berminat' dengan wang serta harta benda saya," katanya.

Rata-rata lelaki yang berkenalan dengannya bukan dikalangan mereka yang berkerjaya profesional, malah ada diantara mereka yang sangat berani meminta macam-macam darinya walaupun hanya sebagai kenalan sahaja.

"Ada yang baharu kenal tidak sampai dua bulan sudah pandai meminta saya untuk membuat pinjaman kereta dan mendakwa akan membayarnya semula secara bulanan.”

Kecewa kerana paras rupa

Tapi berlainan pula dengan kisah Shamsiah, 31, dia yang telah berkenalan dengan 10 orang lelaki sejak beberapa tahun lalu turut kecewa kerana kesemuanya memilih rupa paras.

Dia yang menjelaskan bahawa layanan yang diberikan kepada kurang menyenangkan malah setiap kali pertemuan hanya mampu bertahan paling lama sejam selepas itu mereka akan menghilangkan diri. Tidak hanya itu saja, layanan kepadanya juga agak mengecewakan mungkin kerana dia kurang dari segi paras rupa.

"Bagaimanapun, apabila bertemu buat kali pertama, semuanya mula kelihatan serba tidak kena.

"Ada yang berlalu pergi kurang daripada lima minit bertemu, paling lama berbual dengan saya ialah kira-kira sejam. Tidak kurang juga ada yang langsung tidak kunjung tiba," katanya.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen