Pengantin nampak kekok nak sarung cincin, siap kena ajar dengan pakcik duduk sebelah

Mana-mana bakal pengantin tentunya akan rasa teruja bila memikirkan akan menjadi suami atau isteri pada yang tersayang. Tapi bila tiba harinya, perasaan nervous tentunya lebih menguasai diri. Itu yang bila nak sarung cincin pada isteri pun jadi malu-malu kucing dan agak kekok.

Teragak-agak nak sarung cincin

Itu yang terjadi pada pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga ini. Menurut perkongsian di TikTok Alpin, mereka yang baru saja selesai akad nikah ingin lakukan sesi batal air sembahyang. Tapi apabila hendak menyarungkan cincin, dilihat pengantin lelaki begitu kekok menyentuh tangan isterinya.

Pakcik tolong ajar sarung cincin

Melihat perkara itu, seorang warga emas berbaju biru di sisi pasangan pengantin ini mengajar cara yang betul untuk menyarung cincin di jari manis pengantin perempuan. Pada masa yang sama, pengantin perempuan sempat tergelak selepas melihat suaminya agak kekok menyarungkan cincin.

Rakaman tersebut mendapat perhatian dari warganet yang merasakan bahawa lelaki tersebut tidak pernah romantik dengan gadis lain, malah ada yang juga mendoakan kebahagiaan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga ini.


Artikel Lain

Tinggalkan Komen