Suami warga Bangladesh pulang negara asal, wanita terpaksa duduk merempat di bilik sewa

Oleh: Zuzu Yasmine

Hanya mampu mengenangkan nasib sendiri apabila suaminya menceraikannya dan biarkan dia terkontang kanting sendirian bersama dua anaknya yang masih kecil. Tidak berkerja malah anak-anak masih perlukan perhatian menyukar Hanum Ramli, 40, untuk mencari perkerjaan.


Diceraikan dan pulang ke negara asal

Menurut laporan Harian Metro, suami wanita ini adalah warga Pakistan yang telah pulang ke negara asalnya. Dia diceraikan dua bulan lalu, terpaksa tinggal di bilik sewa di rumah kedai bersama anaknya Muhammad Hassan Muhammad Hussain, 1, dan Muhammad Harith, 6.

"Kami tiga beranak ditinggalkan di bilik sewa tanpa kemudahan asas dan yang merumitkan keadaan ialah bercampur dengan warga asing yang lain serta berkongsi bilik air sama.

"Saya tidak bekerja dan hanya bergantung kepada sumbangan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan sedangkan bilik sewa ini pun sudah RM300 sebulan, belum termasuk perbelanjaan lain.

"Bekas suami tak tolong langsung dari segi perbelanjaan harian dan dalam masa yang sama kesihatan saya sering terganggu kerana anak bongsu ini dilahirkan secara pembedahan," katanya.

Ada dua anak lain

Dia juga sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya yang lain bersama bekas suaminya yang dulu, malah pernah berjanji akan mengambil mereka bila hidupnya sudah selesa.

Saya ada dua lagi anak lelaki berusia 14 dan 16 tahun dari perkahwinan pertama tinggal di asrama anak yatim di Pontian, Johor.

"Tahun ini saya tidak lagi bertemu dengan dua anak saya yang meningkat remaja itu dan mereka pun tidak tahu keadaan saya tetapi saya hanya berjanji akan mengambil mereka jika ada kediaman yang selesa nanti," katanya.

Terpaksa meminta bantuan

Kerana tiada tempat bergantung, dia hanya mengadu kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) yang sering membantunya.

"Malu juga tetapi saya tiada pilihan kerana saya tiada sesiapa di sini dan lebih malang gagal dalam perkahwinan namun kehidupan perlu diteruskan demi anak-anak yang masih kecil.

"Saya sedang mencari pekerjaan yang sesuai yang boleh dilakukan di rumah kerana perlu menjaga dua anak yang masih kecil malah saya juga mengalami sakit pinggang selepas pembedahan anak bongsu," tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi PERKASIH N9, Norfadilah Mansor berkata, pihaknya cuba membantu Hamun mendapatkan lain-lain bantuan terutama bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Pihak kami juga sedang menguruskan sebuah kediaman yang lebih selesa di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kadar sewanya lebih murah lagi RM150 sebulan," katanya.

Orang ramai yang bersimpati dan mahu menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini, bolehlah terus ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 01122 29 00023471 5 (Hanum Ramli).



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen