Minta gadis pakai tudung tutup aurat, cara lelaki ini jadi idaman ramai

Salah satu tanda seseorang itu ikhlas dengan diri kita apabila dirinya membawa kita ke arah kebaikan. Makin lama dengannya makin banyak perubahan yang baik dalam diri seseorang. Ini baru betul-betul akan membawa ke syurga.


Kalau selalu dengar teman lelaki hanya kejut untuk solat subuh, tapi kali ini teman lelakinya meminta kekasihnya untuk menutup aurat. Ouchh... sweetnya.



Minta untuk tutup aurat

Dalam satu rakaman TikTok, Natasya dilihat memakai tudung kelihat telinga sedikit tetapi dia sedang dipujuk oleh teman lelakinya untuk menutup telinganya itu. Berlaku sesi tegur menegur antara mereka malah teman lelakinya meminta dia cabut anting-anting yang dipakai.



Selepas itu kelihatan penampilan yang lebih sopan digayakan oleh Natasya selepas teman lelakinya iaitu Fikri berjaya memujuknya selama 20 minit.



“Style itulah yang buat I jatuh hati...”

Menurut Fikri, style yang baru ini lebih cantik dan itu yang membuatnya jatuh hati pada kekasihnya itu. Mendengar kata-kata seperti itu, gadis tersebut tersu cair malah merasakan dia bertuah kerana ada teman lelaki yang sangat caring.

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet yang menyatakan bahawa gadis ini bertuah kerana memiliki teman lelaki seperti ini, malah ramai yang menyatakan bahawa inilah ciri-ciri lelaki yang wanita mahukan sebaga suami.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen