"Kita stop..." - Bukan penamat tapi boleh retak bila tak ada kepercayaan dan terlalu insecure

Memang tak kering gusi bila menonton Kampung People 2 yang pelbagai ragam. Walaupun ada penambahan watak-watak baru, tetapi watak utama masih kekalkan dengan aura mereka yang tersendiri. Seperti yang semua tahu bahawa drama ini mempunyai babak-babak yang kelakar namun, baru-baru ini terselit babak sedih antara Laila dan juga Jaafar.



Dalam episod 12, pasangan kekasih iaitu Laila dan Jaafar telah berdepan dengan salah faham hingga tercetusnya pertengkaran. Semuanya berpunca selepas Jaafar melihat Karim dan Laila berdua-duaan di dalam rumahnya. Pertengkaran itu juga telah membongkar rahsia Jaafar yang mengupah Badrul Bisu agar memerhatikan Laila.

"Kita stop..."

Setelah masing-masing cuba pertahankan diri dari kesalahan masing, tanpa sengaja Jaafar telah berkata “kita stop” yang disalah ertikan “break up” bagi kekasihnya itu. Rupanya, Jaafar mahu berhenti bergaduh bukan ingin berpisah.



Membawa hati yang terluka, Jaafar sempat beri sebentuk cincin sebagai tanda bahawa dia sememangnya sayang akan Laila.


Moral of the story


Walaupun dalam gelak ketawa, drama ini ada pesanan khas buat semua pasangan yang sedang bercinta dan mereka yang sedang ‘long distance relationship’.

Perlu sentiasa jujur antara satu sama lain, dan jangan menipu hanya untuk kepentingan diri sendiri. Bukan itu saja, saling percaya antara satu sama lain juga perkara yang penting jika berjauhan.

Sesiapa yang ada dalam situasi pasangan ini tentu sangat memahami rasa terluka yang dilalui.




Artikel Lain

Tinggalkan Komen