"Terima kasih banyak bantu ilmu agama..." -Neelofa akui PU Rizz banyak bantu dalam perubahannya

Oleh: Zuzu Yasmine

Mula mengenakan tudung, berpakaian longgar, bersarung kaki dan kini berniqab pula, satu perubahan yang sangat memberi inspirasi kepada ramai orang tentang berpakaian yang lebih sopan. Tentunya para peminat Neelofa sangat gembira akan setiap perubahan yang dilakukannya


Pastinya ramai yang tertanya-tanya, bagaimana perubahan yang itu boleh dilakukan. Jika dilihat, ia bukan satu perkara yang dilakukan secara terburu-buru kerana boleh lihat perubahan yang berlaku.


Dalam satu perkongsian video live di Instagram milik rakan baiknya Rosix Omar, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada orang yang banyak membantu dirinya sepanjang perjalanan hijrahnya ini. Pada masa yang sama, beliau berterima kasih kepad PU Rizz yang tak lokek berkongsi ilmu agama dengannya.

“Terima kasih kepada ustaz dan ustazah, Hariz pun banyak bantu sangat-sangat in terms of pencerahan ilmu agama ni.”

Dalam rakaman tersebut, jelas terdengar suara Neelofa dan juga PU Rizz.

Semoga Neelofa terus istiqomah dengan perubahannya, malah menjadi ikutan untuk semua anak muda kelak.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen