Suami sanggup sewa Ford Mustang bawa isteri jalan-jalan, selepas 7 bulan terpisah

Oleh: Zuzu Yasmine

21 hari itu terasa lama buat orang lain, namun terasa sekejap buat mereka yang telah lama berjauhan. Nak melunaskan segala rasa rindu yang terbuku berbulan-bulan tak akan habis dengan masa yang ada itu. Tentunya pelbagai perkara yang ingin dilakukan bersama sebelum berpisah kembali kerana tugas.



Sebelum ini, Shahruddin Haeal Helmy Mohd Noh, 34 pernah tular yang dirinya membuat kejutan buat anak dan isteri selepas tujuh bulan tidak dapat pulang ke tanah air kerana penutupan sempadan antara Johor dan Singapura akibat pandemik.

Hargai penat lelah isteri

Bagi menghargai pengorbanan dan jasa isterinya yang berhempas pulas menguruskan anak-anak selama ketiadaan dia di sisi, Shahruddin kejutkan lagi isterinya dengan membawa keluar makan makan menaiki Ford Mustang.

"Saya bawa isteri makan malam dengan menaiki Ford Mustang yang disewa khas dua hari lalu sebagai tanda hadiah terima kasih menguruskan anak-anak ketika saya tiada.”

Naik secara percuma

Beliau yang tidak sangka dapat menaiki kereta import itu secara percuma selepas pemilik kereta berkenaan tersentuh dengan kisahnya yang tular sebelum ini.

"Sepatutnya sewa satu hari kereta berkenaan RM2,000, tetapi saya hanya mampu sewa separuh hari kerana tidak cukup bajet tetapi tidak sangka pula dapat percuma.

"Pemilik kereta beritahu dia tersentuh dan terharu dengan kisah yang saya kongsikan di FB dan ingin menaja penuh kenderaan itu," katanya.

Videonya yang tular sebelum ini telah mendapat perhatian warganet hingga meraih 61,000 tontonan dia akaun Facebook miliknya.



 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen