Jemput bekas suami ke majlis perkahwinan, hubungan masih baik demi anak tercinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga tentunya mahu kekal bersama selamanya, tapi kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya. Kalau dah kata jodoh sampai di situ saja, siapa kita untuk melawannya.


Biasanya bila berlaku penceraian, masing-masing akan bawa haluan sendiri. Kalau berjumpa sekali sekala pun hanya melibatkan hal anak saja, tapi berlainan pula dengan kisah ini. Baru-baru ini tular di TikTok bila pengantin menyambut baik bekas suaminya yang hadir di majlis perkahwinannya.



Sambut mesra kehadiran

Masih kemas berbusana pengantin berona merah, dia kelihatan begitu mesra menyambut kehadiran bekas suaminya dengan isteri berserta anak kecil. Tidak kekok untuk bergambar bersama sebagai tanda kenang kenangan buat mereka walaupun pernah berkongsi hidup sebelum ini.

Harap persahabatan kekal selamanya

Malah, dia juga mengucapkan terima kasih akan kehadiran bekas suaminya itu serta berharap hubungan mereka akan baik selamanya demi anak mereka.

Mendapat respon positif dari warganet yang rata merasakan ia bukan mudah dan kagum melihat mereka serta turut mendoakan mereka berempat. Bukan itu saja ada yang berkongsi kisah serupa yang dialami oleh wanita ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen