Pernah terfikir tangguh nikah, gadis ini kongsi pengalaman ujian sebelum nikah

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian, tetapi kita bagaikan tak bersedia untuk terima kehilangan orang yang disayangi. Nak-nak lagi bila perginya itu secara tiba-tiba.



Disaat orang bersedih akan perkahwinan terpaksa dibatalkan kerana Printah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ada juga insan lain yang bersedih walaupun melalui hari bahagia.

Minor slip disc, hilang kerja

Itulah yang dilalui wanita ini menerusi perkongsian di laman Twitter, sebelum menjelang hari bahagianya, dia disahkan menghidap 'minor slip disc' hingga dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Jika orang lain sedang sibuk melakukan persiapan apabila sudah hampir tiba hari bahagia, tapi dirinya masih lagi tenang malah sibuk dengan urusan kerjanya.

Tiba-tiba ibu jatuh sakit

Bagaikan tak percaya apabila tiba-tiba ibunya pula disahkan kanser tahap 4 yang mana lebih menduga mereka sekeluarga.

Semuanya berlaku secara tiba-tiba malah dia sekeluarga terpaksa berpura-pura kuat di hadapan ibu mereka.

Jelasnya, dia antara dua sama ada untuk teruskan perkahwinannya ataupun tangguhkan, walaupun ibunya meminta untuk meneruskan tetapi hatinya remuk bila memikirkan ibunya tiada di sisi saat hari bahagia.

Antara sedih dan bahagia

Selesai saja nikah, dia dan pasangan segera bertemu dengan ibunya walaupun pada masa itu hatinya berbelah bagi antara bahagia dan juga sedih. Betambah-tambah sedih apabila dihari persandingan melihat keadaan ayahnya yang pura-pura kuat melayani semua tetamu tanpa ibu di sisi.

Percaya ada hikmah semuanya

Dia yang memandang setiap ujian ini dari sudut positif percaya bahawa ada hikmah yang berlaku kerana dia dapat luangkan masa dengan ibunya hingga akhir hayat. Malah, dia juga dapat penuhi segala keinginan ibunya



Dikesempatan itu, dia juga berpesan untuk terus memandang satu ujian itu sebagai satu kebaikan walaupun ujian yang dilalui tidak sama setiap orang.

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet yang rata-rata turut berkongsi sedih yang hampir sama, malah mengharapkan wanita ini untuk terus kuat. Sama-sama kita sedahkan al-Fatihah untuk arwah ibunya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen