Tidur berbantalkan lengan suami beri ketenangan pada isteri, yang dah kahwin kena cuba ni

Ramai isteri yang kini mempunyai kerjaya mereka sendiri, tapi bila pulang dari kerja mereka juga perlu menguruskan rumah tangga pula. Tentunya letih dan tekanan akan membuatkan mood isteri menjadi swing tak menentu. Bercakap dengan pasangan pun kadang kala macam tak ikhlas dan dingin.


Bukan suami tak cuba pujuk atau jernihkan keadaan tetapi keletihan itu yang membuatkan isteri terus bertindak seperti itu. Namun, ada cara nak menenangkan isteri yang dalam keadaan seperti ini.

Beri ketenangan jiwa

Menurut laporan Mingguan Wanita, tidur berbantal lengan suami akan memberi ketenangan buat wanita. Walaupun ada yang menyatakan ia berbau tetapi aroma itu seperti terapi kepada kaum isteri.

Bukan perkara yang mengarut tetapi perkara ini dibuktikan secara kajian yang mana ketika suami ada sejenis bau dipanggil phero. Fungsinya mengaktifkan hormon isteri hingga membuatkan mereka tenang dan selesa.

Tanda suami penyayang

Selain itu juga, suami yang membenarkan isteri tidur di atas lengannya tanpa merunggut adalah seorang suami penyayang dan pelindung isterinya. Bukan mudah nak menahan sabar dan kebas membiarkan isteri terus lena tanpa gangguan. Suami anda hebat jika selalu melakukan perkara ini.

Elak konflik berlarutan

Menariknya tidur berlengan suami ini juga sebenarnya dapat menghindari konflik yang berlaku. Walaupun emosi masing-masing dalam keadaan yang tidak tenang dan agak dingin tetapi tidur berbantalkan lengan ini dapat kembalikan kemesraan yang tercalar.

Tindakan ini sebenarnya dapat menenangkan hati suami mahupun isteri yang sedang marah dan merajuk. Buat yang baru mendirikan rumah tangga boleh mula amalkan perkara ini, tapi buat yang sudah lama pula jangan malu nak mulakan dari sekarang.

Tentunya tidur anda akan lebih lena dan pagi dengan lebih bersemangat.



 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen