"Doa nak ibu mertua yang baik dari bujang, tak sangka Allah makbulkan dapat yang memahami..."

Rata-rata orang bujang lebih memfokuskan ingin dapatkan suami atau isteri yang baik dalam doa mereka tanpa memikirkan hubungan yang baik antara keluarga mertua. Dua-dua kena selari barulah rumah tangga yang dibina lebih harmoni.


Kadang hubungan suami isteri retak bukan kerana pasangan tetapi berpunca dari campur tangan orang ketiga, itu yang lebih membimbangkan sebenarnya.

Sangat menarik perkongsian wanita ini apabila dirinya diberikan rezeki untuk memiliki ibu mertua yang sangat baik buat dirinya. Menurut Firda Ashaary, sebelum mendirikan rumah tangga dirinya banyak memohon agar diberikan ibu mertua yang menerima seadanya.



Tak disangka-sangka doanya dimakbulkan dan kini dia selesa dengan ibu mertuanya yang sangat memahami dirinya.



Awal-awal dah bersedia

Katanya, diawal perkenalan dengan suaminya lagi dia sudah mula bertanya mengenai penerimaan keluarga suami akan dirinya. Dia yang tidak mahu pergi lebih jauh jika mendapat tentangan dari keluarga.





Ada kisah air mata

Malah, menurutnya dia pernah mempunyi pengalaman dengan hubungan tanpa restu keluarga, sememang bukan satu perkara yang mudah. Tapi sekarang ini dia bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang baik.

Alhamdulillah...

Namun begitu, dia menjelaskan rasa syukur apabila sekarang ini dapat ibu mertua yang begitu memahami dan sayangkan anak-anaknya tanpa memilih kasih.



Pesanan buat bujang-bujang

Pesannya diakhir perkongsian, dia berpesan agar menjaga ibu mertua sama seperti ibu sendiri malah kalau ada salah faham mengalah sedikit kerana ibu mertua ini telah berikan harta yang berharga buat kita.





Artikel Lain

Tinggalkan Komen