Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya dikenakan PKPB bermula 14 Oktober

Oleh: Zuzu Yasmine

Berikutan kes penularan wabak Covid-19 ini semakin membimbangkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan mula dilaksanakan di beberapa kawasan bermula tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini.


Kawasan tersebut melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan kes meningkat dibeberapa kawasan ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendengar nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelasnya, ia juga mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang di Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.



Beliau berkata, berikutan penguatkuasaan PKPB itu, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, beliau berkata, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

"Hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

"Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup," katanya pada sidang media, hari ini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen