Lelaki ajar wanita bangsa Jepun sebut 'Alhamdulillah' buat ramai jatuh hati

Oleh: Zuzu Yasmine

Perbezaan agama dan budaya bukan satu masalah yang besar kalau betul-betul hati dah sayang akan seseorang itu. Sanggup terima dan belajar sesuatu yang baru tentunya mampu jaga hubungan yang terbina.


Seperti pasangan kekasih Jepun-Malaysia ini, perbezaan agama dan bahasa bukan satu penghalang untuk mereka terus berkenalan dengan lebih mendalam antara satu sama lain.


Comelnya mereka...

Menerusi capaian Twitter Arifffyong yang berkongsi rakaman video kekasihnya membaca “Bismillah” dan juga “Alhamdulillah”. Kelihatan sangat sweet apabila Ariff menyakat kekasihnya yang berwarganergara Jepun untuk membaca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun hanya beberapa potong ayat tapi jelas membuktikan bahawa kekasihnya cuba untuk mendalami agama yang dipegang Ariff.

Budaya menarik orang Jepun

Dalam kesempatan itu, Ariff juga berkongsi fakta menarik mengani budaya Jepun. Jelasnya, tindakan teman wanitanya yang selalu menampar atau mengetuk kepala adalah satu perkara yang biasa dalam kalangan rakyat Jepun. Namun begitu, diawal waktu perkenalan dia akui berasa agak tidak senang apabila diperlakukan sebegitu tetapi lama kelamaan dia memahami.

Telatah pasangan ini telah mendapat perhatian dari warganet yang terhibur dengan kecomelan pasangan ini, malah ada juga yang mendoakan hubungan pasangan ini berjaya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen