Tak sanggup tengok isteri ulang-alik ke hospital, suami tukar bilik tidur kepada wad hospital

Kasih seorang suami tidak terluah dengan kata-kata tetapi ditunjuk melalui tindakan. Seperti seorang pesara ini yang sanggup mengubah suai rumahnya menjadi unit rawatan rapi (ICU) selepas menjaga isterinya yang sakit.


Suami yang penyayang ini dikenali sebagai Gyan Prakash yang telah memasang segalanya untuk isteri tercinta yang menghidap penyakit asma.

Lengkap tanpa latihan

Menurut laporan Navcharat Times, pesara ini telah melakukan segala-galanya dari pemasangan silinder oksigen sehingga ventillator.

Bahkan Gyan, kemungkinan tidak menjalani latihan perubatan, tetapi itu bukan menjadi halangan untuk dia menyediakan segala keperluan yang diperlukan isterinya.

Banyak kali masuk hospital

Isterinya yang dikenali sebagai Kumudani Srivastava telah banyak kali dimasukkan ke hospital sejak empat tahun lalu, itu yang membuat suaminya mengambil keputusan sedemikian.

Malah, kereta mereka juga dikatakan telah diubah suai menjadi ambulans.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen