6 kematian dicatatkan, negara bakal berdepan gelombang ke-3 lebih mencabar

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, menerusi sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham memaklumkan 188 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj. Namun begitu, negara mencatatkan jumlah kes positif sebanyak 375 dengan 354 kes merupakan kes tempatan dan hanya dua kes import.


Dukacita juga dimaklumkan bahawa enam kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 152 kes.

Gelombang ketiga

Dalam sidang media itu juga, Dr Noor Hisham turut berkata negara kini sedang memasuki fasa gelombang ketiga Covid-19 kerana jumlah kes positif masih kekal tiga angka dengan tiga kluster baru dikesan hari ini.

Lebih mencabar

Katanya, gelombang ketiga ini lebih mencabar kerana melibatkan virus mutasi D614G dalam kluster-kluster di Kedah dan Sabah yang cepat menjangkiti dan mudah merebak.

Tapi beliau yakin bahawa kita lebih bersedia dalam menghadapi gelombang kali ini dan pihak KKM juga telah membuat persediaan lebih awal bagi membendung dan merawat pandemik tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen