Berkahwin bukan pertandingan, tetapi proses kenali diri dengan lebih mendalam

Menjalani hidup sebagai suami isteri ini bukan untuk mencari yang sempurna serba serbi, malah bukan hanya nak kenali pasangan dengan lebih mendalam saja. Tapi, jalani hidup sebagai suami isteri ini, kena terima pasangan kita seadanya dan pada masa yang sama ia proses kenali diri sendiri dengan lebih mendalam.


Banyak perkara yang suami isteri pelajari antara satu sama lain apabila hidup bersama, dan perkara itulah yang saling melengkapi kalian. Seperti perkongsian Zaim Zin, sepanjang 11 tahun usia perkahwinannya dan isteri banyak perkara dia pelajari dari pasangannya.

Ini beberapa pesanan yang dia kongsikan buat-buat suami di luar sana.

1. Keluarga lebih penting!

Jangan ingat suami saja penat berkerja mencari rezeki, tapi isteri juga letih urusakn rumah tangga dan anak-anak bagi nampak selesa serta sempurna buat suami.

2. Jadi pendengar setia pasangan

Dengar dan fahami apa yang pasangan katakan, bukan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

3. Rehat yang berbeza

Kalau suami bila rehat akan lakukan apa yang dia suka tetapi kalau isteri waktu rehatnya pun masih selesa bersama insan yang tersayang.

4. Nak luah je, bukan nak suruh apa

Jadi suami kena fahami isteri, kadang dia bukan nak suruh selesaikan masalah dia. Tapi lebih nak luahkan apa yang terbuku di hati je.

5. Dalam perkahwinan tak ada kalah menang

Dalam perkahwinan tiada siapa menang siapa kalah, tetapi ada sama-sama berjuang untuk pastikan hubungan sentiasa kekal bahagia.

6. Jangan pentingkan diri!

Perkahwian bukan hanya untuk diri sendiri saja, tetapi lihat juga pasangan anda. Apa yang anda lakukan akan beri kesan kepada dirinya.




Nak hubungan suami isteri lebih bahagia, bukan hanya pasangan saja yang perlu berjuang pertahankan hubungan tetapi saling berkerjasama dalam semua aspek. Jangan minta untu difahami tetapi belajar untuk memahami dan menerima, barulah dapat capai rumah tangga seperti yang diangankan.




 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen