Kajian menujukkan rakyat Sarawak, Johor & Sabah paling romantik di Malaysia

Ada orang dia suka pasangan yang romantik, malah meletakkan romantik perkara yang paling penting dalam ciri-ciri pasangan. Ini kerana, ada yang beranggapan dengan sikap romantik pasangan mampu kekalkan keharmonian hubungan kelak.


Namun begitu, agak sukar nak tahu sikap romantik pasangan di awal perkenalan. Boleh jadi, pasangan hanya berpura-pura ataupun sememangnya dia seorang yang romantik.

Sarawak ramai yang romantik

Buat yang nak pasangan romantik, carilah penduduk negeri Sarawak kerana telah diundi sebagai penduduk negeri paling romantik di Malaysia. Undian ini telah di buat dalam satu portal e-dagang antarabangsa Picodi.com.

Dalam laporan The Borneo Post, turut menyenaraikan Sarawak sebagai negeri paling romantik di Malaysia di ikuti oleh negeri Johor dan Sabah. Manakalah Putrajaya, Kelantan dan Terengganu pula berada dalam undian tercorot sebagai negeri kurang romantik.

Kajian melalui Google

Dapatan undian negeri paling romantik di Malaysia ini di buat berdasarkan penyelidikan dan hasil daripada data yang di arkibkan oleh Google. Ianya adalah berdasarkan carian umum menerusi kata kunci yang paling banyak di cari sepanjang tempoh Januari – Februari 2019.

Antara carian kata kunci romantik yang paling banyak dicari termasuklah ‘Valentine’s Day’, ‘love confession’, ‘flower’, dan ‘love’.

Buat yang inginkan pasangan romantik bolehlah cari orang Sarawak, Johor dan juga Sabah.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen