"Haram hukumnya jika suami ambil duit isteri tanpa kebenaran." -Ustaz Azhar Idrus

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, selain bimbang memilih suami yang salah ada juga yang bimbang jika terpaksa berdepan dengan suami yang agak kedekut. Sikap kedekut seorang suami ini boleh buat rumah tangga yang sepatutnya bahagia tetapi lebih kepada makan hati dalam diam. Bimbang kalau suami berkira duit belanja dapur dan juga duit nafkah.


Bagaimana jika dapat suami sebegini, malah dia pula yang mengambil duit isteri dalam diam tanpa kebenaran isteri.

Bukan itu saja ramai yang masih ragu-ragu akan hukum mengambil wang suami tanpa kebenaran. Bimbang menjadi isteri yang nusyuz, isteri-isteri lebih selesa menggunakan wang sendiri.


Perkara ini dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi ceramahnya di laman Youtube rasmi, menurut beliau isteri boleh curi duit suami tetapi ikut kadar yang diperlukan. Namun, suami pula tidak boleh mengambil duit isteri tanpa kebenaran.

“Hukumnya haram dan ‘mencuri’ jika suami terus mengambil duit isteri tanpa kebenaran mereka. Isteri sahaja boleh ‘curi’ duit suami, suami tidak boleh ‘curi’ duit isteri…”

Dengar dan tonton video UAI untuk lebih faham.





 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen