"Doakan mak saya masuk syurga, ya ustaz..." -Hilang Ibu, tangisan dua beradik buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih terasa sebak melihat anak-anak yang kehilangan ibu di depan mata baru-baru ini. Walaupun tidak berada dalam situasi tersebut, namun turut merasai kesedihan apabila melihat dua beradik yang masih perlukan kasih sayang seorang ibu.


Sebelum ini, dua beradik ini melihat tubuh ibunya yang sudah tidak bernyawa apabila terlibat dalam kemalangan ketika hendak pergi kerja. Ketika itu si abang dalam perjalanan menghantar adiknya ke sekolah menggunakan motosikal berlainan.

Sayu keadaan dua beradik

Bukan hanya mendapat perhatian dari warganet dan orang sekeliling, berita kehilangan itu juga turut mendapat perhatian dari pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew.

Menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew melalui laman Facebooknya, beliau mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan dua beradik itu, malah beliau juga terasa sayu selepas berpeluang berbual dengan mereka.



Kata-kata semangat

Tidak apa yang boleh dilakukan selain menghulurkan sedikit sumbang dan kata-kata semangat buat dua beradik ini untuk teruskan hidup. Dua beradik itu yang juga sangat meminati pendakwah ini turut meminta Ustaz Ebit agar mendoakan ibu mereka.

“Ustaz doakan mak saya masuk syurga Firdaus yer,” kongsinya.

Rata-rata warganet turut berasa simpati dengan dua beradik ini malah berharap agar dua beradik ini terus kuat hadapi untuk jalani hidup. Bukan itu saja, ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana meluangkan masa menenangkan dua beradik itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen