Abang lupakan hasrat sambung belajar, dan adik hanya diam membisu bila ibu pergi sekelip mata

Oleh: Zuzu Yasmine

Tiada kata yang mampu diucapkan bila kehilangan insan yang begitu disayangi. Walaupun sudah tiba waktunya, tetapi boleh jadi anak kecil ini masih belum bersedia untuk hadapinya.



Itulah yang dilalui oleh kanak-kanak ini apabila ibunya terbaring di tengah jalan raya dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi di depan matanya. Belum cukup kuat nak terima dan bagai hilang punca membuatkan kanak-kanak ini berkurung di dalam bilik.

Sebelum ini, satu perkongsian yang tular di laman Facebook tentang seorang remaja lelaki memeluk adiknya saat melihat kemalangan yang membabitkan ibunya.



“Berkurung dan menangis...”


Sementara itu, menerusi Facebook Fathiah Farid, guru kepada kanak-kanak tersebut berkongsi sedikit keadaan anak mangsa selepas kejadian tersebut.


Jelasnya, kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Aina itu berkurung di dalam bilik dan menangis, malah pandangannya kosong menceritakan segala apa yang dia rasakan.

Sempat tinggalkan pesanan...

Mangsa merupakan ibu tunggal yang menjadi tulang belakang dalam keluarga. Dia yang melakukan dua kerja setiap hari demi menyara anak-anaknya dan juga ibunya yang sudah uzur.


Dalam perkongsian Syapik Hassan, sebelum meninggal dunia, mangsa sempat meninggalkan pesanan kepada si abang untuk mencari kerja kerana tidak larat melakukan dua kerja setiap hari.


Jelas terpancar kesedihan dua beradik ini apabila kehilangan ibu tempat bergantung sekaligus mengharapkan nenek yang sudah tua untuk menumpang kasih. Semoga dua beradik ini terus diberi kekuatan dan juga mampu tempui ujian ini dengan berlapang dada.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen