Lihat ibu tidak bernyawa di depan mata, dua beradik hanya mampu saling memeluk

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentunya belum bersedia kehilangan ibu bapa mereka. Walaupun tahu mereka semakin menua tetapi perasaan takut kehilangan itu sentiasa ada.


Tapi lebih sedih kalau kehilangan mereka itu berlaku di depan mata, bagai tiada kata yang mampu terluah hanya tangisan pengganti kata.

Kemalangan berlaku di depan mata

Menerusi perkongsian pengguna laman Facebook Nurfa Ray, beliau berkongsi beberapa keping gambar kemalangan antara sebuah kereta dan motosikal, tapi bukan itu yang menyentuh hati, akan tetapi gambar pelukan seorang abang yang memeluk erat adiknya ketika itu yang sangat mencuri perhatian.


Rupa-rupanya, menurut perkongsian Nurfa kemalangan yang berlaku itu adalah melibatkan seorang wanita yang menaiki motosikal manakala dua orang anak ini pula adalah anak kepada wanita terbabit.


Peluk adik dengan kuat

Jelasnya, anak lelaki wanita terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar adiknya namun berhenti melihat kemalangan di hadapannya. Tak terduga jasad yang yang sudah tidak bernyawa itu adalah ibu mereka.


Tanpa meluahkan kata-kata, remaja lelaki itu jatuh rebah menangis memeluk seeratnya adik yang masih kecil itu.

Tulisnya lagi, tidak boleh bayangkan bagaimana jika anak-anaknya berada di tempat dua beradik itu namun berharap agar dikuatkan semangat.

Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada kanak-kanak terbabit.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen