"Dia korek hidung depan aku!" -Buat perangai masa 'first date' memang kena reject

Bila berbual dalam aplikasi mencari jodoh atau di media sosial, selalunya kita tak tahu perangai sebenar seseorang. Nak-nak lagi kalau crush, memang ‘excited’ dia punya perasaan. Tapi bila dah keluar buat kali pertama, eh tak seperti yang dibayangkan?


Itu yang tak sempat kenal seseorang dengan lebih mendalam terus ‘reject’ selepas pertemuan pertama kali? Bukan nak permainkan tapi perangai dia yang buat seseorang ‘turn off’. Siapa yang pernah buat macam ni juga?

Baru-baru ini, tweet seorang pengguna Twitter mendapat perhatian dari warga maya selepas bertanya satu soalan tentang ‘reject’ seseorang selepas date yang pertama.



Kelakarnya, akaun Bebelleyy telah dibanjiri dengan pelbagai pengalaman yang mencuit hati.

“Pernah tak korang reject orang yang keluar date dengan korang untuk sebab yang tak sepatutnya.”

Menurut Bebelley, dia pernah melakukan itu kerana pasangannya memasang lagu R&B remix thai yang dia rasakan seperti orang mabuk, malah itu kali pertama dan terakhir dia keluar bersama.


Disamping itu, ada berapa sebab yang membuat seseorang itu kena reject buat kali pertama. Buat yang cari pasangan kena ambil tahu perkara ini.

1. Tak jaga kebersihan diri

Ini perkara pertama yang akan dilihat, walaupun macam satu tabiat pun tapi jangan lakukan dihadapan orang yang baru anda jumpa.




2. Tanya soalan yang sama berulang kali

Kadang-kadang ada yang tak selesa akan perkara ini, tanya berulang kali menunjukkan anda ini agak membosankan.



3. Sembang good-good

Tak semua orang selesa dengan mereka yang banyak cakap dan suka tunjuk bagus, kadang mereka sekadar layan je tapi tak berminat dengan anda.





4. Kedekut

Jangan kedekut sangat, nak-nak sebagai lelaki kenalah korbankan sikit duit kalau pertama kali jumpa seseorang yang baru ni.






5. Pengotor

Pengotor dengan tak jaga kebersihan diri ini lain, malah lagi memualkan orang lain.






6. Minta simpati

Setiap orang cara hidup berbeza-beza, kita tak tahu apa yang pernah dia alami. Jangan asyik rasa kita saja yang susah.



7. Cakap kuat sangat

Perkara ini akan memalukan pasangan, cuba tengok keadaan itu. Kalau rasa tak selesa nak berbual ajak ke tempat lain.


8. Tak hormat privacy orang

Jangan suka-suka sentuh barang orang lain tanpa izin, nak-nak lagi kalau baru pertama kali jumpa.



9. Sibuk main telefon

Bila dah berjanji nak berjumpa, jangan fokus akan perkara lain tetapi beri perhatian kepada yang ada di depan anda. Barulah nampak anda menghormati dirinya.

Bila berjumpa dengan seseorang yang baru dikenali, cuba hormat diri masing-masing malah buat dirinya selesa dengan anda. Bukannya tunjuk siapa anda sebenarnya. 

Kalau ada sikap tak menyenangkan ini, jangan tanya kenapa anda kena reject.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen