Dibuang kerja tiga tahun lalu kerana cacat, 'rider kaki besi' tak putus asa teruskan hidup

Oleh: Zuzu Yasmine

Kekurangan diri bukan punca seseorang untuk berputus asa, tapi sebenarnya satu cara untuk berusaha lebih lagi demi keselesaan hidup. Tidak semua orang bernasib baik dalam hidup, tapi selagi ada semangat nak berusaha tentu saja akan nampak hasilnya.



Itulah yang dilalui oleh Danial Asyraf Roslan, 22, selepas terlibat dalam kemalangan tiga tahun lalu sehingga mengakibatkan pemuda ini kudung kaki kanan dan dibuang kerja akibat kekurangan pada fizikalnya itu.

Dibuang kerja

Walaupun begitu, kejadian itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya malah terus cekal meneruskan hidupnya dengan menggunakan kaki palsu dan kini memerah kudrat menjadi penghantar makanan serta barangan.


Katanya, susah untuk dirinya mencari kerja kerana kecacatan yang dialaminya selepas dibuang kerja dari kilang tiga tahun lepas.

"Susah orang nak ambil kerja bila dah jadi orang kurang upaya (OKU), menjadi 'rider' (penghantar makanan dan barangan) sajalah yang boleh saya lakukan.

"Pada awalnya, saya kerja pada siang hari saja tapi sebab nak cari duit lebih, sekarang malam pun saya kerja juga," tambahnya.

Segar dalam ingatan

Masih jelas diingatan akan kemalangan yang menimpa dirinya, dia berkata pada mualnya agar sukar nak terima kenyataan tetapi lama kelamaan menerima takdir itu dengan reda.

"Kemalangan berlaku seminggu sebelum sambutan Aidilfitri pada 2017, selepas habis waktu berkerja di kilang, saya singgah bertemu rakan sebelum pulang ke rumah di Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka.

"Malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang ke rumah, motosikal saya tunggangi terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal dengan sebuah kereta," katanya.

Jangkitan kuman 

Katanya, akibat kemalangan itu dia dirawat di hospital lebih sebulan sebelum dinasihatkan oleh doktor perubatan untuk memotong kaki kanannya hingga paras lutut.

"Akibat jangkitan kuman, kaki kanan terpaksa dipotong dan kini saya memakai kaki palsu untuk menyokong rutin pergerakan harian.

"Memang agak janggal pada mulanya dan ambil masa juga untuk sesuaikan diri berjalan menggunakan kaki palsu," jelasnya.

Sebelum ini, gambarnya tular di Facebook menerusi akuan Sepet Vtec hingga menerima 8,000 tanda suka dan dikongsi 1,000 pengikut. Rata-rata warganet memuji kecekalan 'rider kaki besi' itu dan menjadikan kesungguhannya sebagai pemangkin kepada mereka yang putus asa dalam kehidupan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen