"Sesekali aku sentuh, ambil dan cium..." -Luahan rindu bapa tiga anak selepas dua tahun pemergian isteri tercinta undang sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Merindui seseorang yang telah pergi buat selamanya, adalah rindu yang tidak dapat dilunaskan. Tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata, malah tak mampu juga mengubati rasa rindu itu.


Walaupun begitu, yang masih hidup ini tetap perlu terus cekal hadapi hari-hari mendatang bersama meskipun rindu bersarang dihati. Tabah membesarkan anak-anak seorang diri tanpa isteri di sisi, itulah yang dilalui Khairul Abdullah ketika ini.

Menerusi satu perkongsian di ruang Facebook miliknya, beliau berkongsi sedikit kehidupan yang dilalui setelah isterinya meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ.

"Cukup buat aku rasa tak ditinggalkan"

Tersentuh hati sesiapa yang membacanya, apabila dia menyatakan bahawa setelah dua tahun pemergian isterinya tapi segala barang milik isterinya masih di tempat yang sama. Tak pernah diusik mahupun diubah sedikit pun.



Move on itu apa?

Beliau juga menyatakan bahawa beliau tidak tahu sama ada move on itu melupakan ataupun membuang segalanya. Tapi bagi dirinya move on itu adalah meneruskan hidup seperti biasa.

Jelasnya dia bahagia bersama tiga orang anaknya, malah dia juga yang memilih untuk hidup seperti ini.



Perkongsian darinya ini mendapat perhatian dari warganet yang merasakan sebak serta kagum dengan ketabahan yang dimiliki. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang mendoakan agar terus diberi kekuatan untuk meneruskan hidup bersama anak-anak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen