287 Kes baru, tertinggi sejak negara dilanda Covid-19

Oleh: Zuzu Yasmine

Keadaan semakin membimbangkan rakyat apabila semalam di sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan kes wabak Covid-19 meningkat sebanyak 287 kes positif.


Peningkatan itu menjadikan jumlah tertinggi dalam sejarah penularan Covid-19 di dalam negara.



Kes merujuk kepada penularan tempatan dengan dua kluster baru dilaporkan iaitu di Seri Anggerik (hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak).



Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat 81 kes pulih dilaporkan dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 10,095 kes.


Tiada kes kematian dilaporkan, justeru menjadikan jumlah kematian keseluruhan kekal pada 136 kes.


Dengan peningkatan kes, rakyat sentiasa diingatkan untuk mengamalkan 3W yang merujuk kepada saranan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (Wear) dan amaran (Warn) yang lebih berkonsep peringatan seperti elakkan bersalaman dan lain-lain lagi.


Manakala 3S pula bermaksud elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen