"Walaupun nampak sakit tetap ketawa..." -Tunku Azizah & anakanda buat 'swab test'

Oleh: Zuzu Yasmine

Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan rakyat Malaysia sejak beberapa minggu yang lalu. Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), tetapi banyak sektor sudah mula beroperasi seperti biasa. Namun kerana peningkatan secara mendadak tentunya timbul rasa bimbang.


Kerana kebimbangan itu, ramai yang mula mengambil langkah untuk melakukan swab test atau ujian saringan demi memastikan diri betul-betul bebas akan wabak tersebut.

Tidak ketinggalan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkongsi melakukan ujian saringan tersebut di Instagram miliknya.



Bukan hanya baginda, tetapi anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut melakukan ujian swap test tersebut.


Apa yang menariknya kapsyen dari Tengku Azizah mendapat perhatian warganet yang berseloroh reaksi mereka berdua semasa proses ujian saringan dilakukan.

Selain memuji kecomelan mereka berdua ini, rata-rata warganet juga mendoakan kesihatan baginda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen