Pemuda bersua muka selepas langgar lari seorang wanita, mohon maaf kepada suaminya

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap yang hidup pastinya akan berakhir dengan kematian, malah setiap orang yang berkasih sayang juga akan berakhir dengan perpisahan. Kehilangan seseorang yang disayangi tentunya sangat memilukan sesiapa saja.

Tenang terima takdir

Lebih sedih lagi bila perginya tanpa ucapkan selamat tinggal dan secara tiba-tiba, itulah yang dilalui oleh seorang pakcik ini. Menerusi perkongsian Siti Nabyelah Ithinin, suasana sebak dan pilu apabila seorang lelaki datang meminta maaf kepada pakcik selepas melanggar isterinya sehingga meninggal dunia.

Dengan sangat tenang, pakcik tersebut hanya menerima takdir yang sudah tertulis itu dengan hati yang terbuka.

"Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana,” katanya.



Sedikit bergetar bila diminta untuk bercerita
 

Apabila diminta untuk menceritakan keadaan di tempat kejadian, agak bergetar dan ketakutan dirasai lelaki tersebut, namun masih boleh diterima dengan tenang oleh pakcik itu. Lelaki tersebut juga sempat meminta maaf sekali lagi berserta air mata yang laju dimana jelas terasa kekesalan yang dirasainya.

“Pakcik.. saya minta maaf pakcik... " Sayu sekali suaranya, air mata mengalir laju.
"Tidak apa, nak. Janganlah fikir-fikir lagi. Tidak apa.." Diusap-usap lembut kepala anak muda itu.

Keduanya saling memerlukan

Menurut Nabyelah, pakcik dan isterinya adalah penjalan kaki dan selalu mengutip tin-tin kosong. Pada 24 september lalu, isteri pakcik terbabit telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.




Lebih memilukan adalah, suami isteri ini bergantung antara satu sama lain, kerana masing-masing mempunyai masalah kesihatan.




Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata terasa sebak dan bersimpati apa yang menimpa. Malah, berharap agar kedua-dua pihak terus tabah menghadapinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen