11 perbuatan suami yang melukakan hati isteri dalam diam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rumah tangga yang diangankan boleh musnah apabila pasangan itu bukan seperti yang diimpikan. Perkara yang menakutkan bagi seorang wanita adalah apabila dirinya tersalah memilih suami. Masa depan yang diangankan itu, boleh jadi akan musnah dari awal lagi.


Kadang kala rumahtangga dianggap bahagia dari luaran tetapi di dalamnya seperti duri dalam daging yang menyakiti dalam diam. Seperti perkongsian The X Guy dalam laman Twitter, ada beberapa perkara perbuatan suami yang meresahkan hati isteri.


Menerusi capaian tersebut, beberapa perbuatan suami ini akan meresahkan hati seorang isteri tapi biasanya suami lebih suka buat-buat tak tahu saja.

1. Tidak berusaha menghamornikan antara isteri & ibu bapa.

Biasanya lebih suami lebih memilih untuk malas campur tangan ataupun melebihan ibu bapa tanpa melakukan apa-apa usaha untuk kedua-duanya.



2. Merendah-rendahkan isteri

Jika anda lakukan ini, ia hanya akan menghilangkan keyakinan isteri secara tidak langsung membuat dirinya terasa terluka.





3. Kongkong isteri

Setiap orang perlu ada kebebasan mereka tersediri, jadi salah betulkan dan bimbing. Kongkong bukan tanda anda membimbing mereka.



4. Sikap dayyuth

Suami yang baik adalah suami yang menjaga aurat dan pergaulan isterinya, bila isteri lakukan silap maka tegurlah sebaiknya jangan biarkan.





5. Kurang bersikap ihsan kepada isteri

Suami abaikan bab nafkah seperti kewangan ataupun puji-pujian yang membina isteri, biasanya suami lupa akan perkara ini.



6. Kurang sikap kepimpinan

Suami merupakan rupa ketua keluarga, sangat penting untuk dirinya tunjukkan sikap kepimpinan di dalam keluarga.



7. Tidak memberi pendidikan agama kepada isteri

Tanpa agama dalam rumah tangga akan goyang, sebab itulah pentingnya suami isteri sama-sama belajar agama malah sekali sekala melakukan solat berjemaah.





8. Utamakan orang luar berbanding keluarga sendiri

Selepas diri anda, maka isteri dan anak-anak adalah orang penting dalam tanggungjawab, selepas itu barulah ibu bapa dan yang lain.



9. Kurang berterima kasih kepada isteri

Paling mudah tetapi ramai suami-suami tak lakukan perkara ini.





10. Tak setia pada isteri

Dalam diam bermain kayu tiga di belakang isteri yang setia, tentunya akan melukakan hati isteri jika diketahui.



11. Abaikan tanggungjawab kepada ibu bapa

Walaupun bertanggungjawab sepenuhnya kepada rumahtangga, tetapi jangan lupa akan jasa ibu bapa. Seorang suami masih perlu berbakti kepada ibu bapa mereka.





Segelintir suami akan lalai beberapa perkara ini, jadi sebelum menjadi suami lakukan persiapan sebaik mungkin.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen