Tangguh dulu beli kereta, lelaki ini habiskan 25K 'renovate' rumah ibu tersayang

Oleh: Zuzu Yasmine

Salah satu keinginan anak adalah untuk membahagiakan ibu bapa mereka, walaupun tidak mampu balas segala pengorbanan yang dilakukan, tapi dapat gembirakan hati sudah memadai. Itulah angan yang setiap anak simpan dalam diam.



Sungguh memberi inspirasi dari perkongsian Twitter, dikenali sebagai MohdAsriDungun telah memuat naik gambar sebelum dan selepas rumah milik ibunya.


Menurut Asri, dia menghabiskan RM25,000 untuk mengubah suai rumah ibunya seperti sekarang ini. Malah, dia juga tidak kisah demi keselesaan keluarga dan juga ibunya.

Bagi Asri, ini adalah satu kerjayaan terbesar buat dirinya pada tahun ini. Bukan itu saja, dia juga berasa gembira kerana ibunya sudah boleh ambil wuduk dalam bilik sendiri.



Dikesempatan itu juga, dia meminta doa dari warganet agar dipemudahkan urusan untuk membeli kereta pula selepas ini kerana keinginannya yang ini telah tercapai.


Perkongsian darinya menarik ramai perhatian netizen yang memberi komen-komen yang positif, rata-rata menyatakan bahawa ia satu perkara yang memberi inspirasi buat semua anak-anak.

Malah, ada juga yang mengucapkan tahniah kerana mengutamakan ibu berbanding kehendak sendiri.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen