2 Kes kematian baru dicatat, meningkat kepada 136

Oleh: Zuzu Yasmine

Penularan wabak kes Covid-19 semakin membimbangkan masyarakat. Setiap hari ada saja kes yang berlaku dan menular di setiap negeri. Semalam dua kematian dicatatkan dengan jumlah jangkitan baharu mencatatkan 89 kes menjadikan jumlah kumulatif kes keseluruhan sebanyak 11,224 kes setakat ini.



Dengan dua kematian baharu itu mencatatkan jumlah kumulatif kematian di negara ini meningkat kepada 136 dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan 1,124 kes aktif.



Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebook, kes kematian ke-135 (iaitu kes ke-11207) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang.

Kes mula mengalami gejala sejak 21 September 2020. Pada 28 September 2020 kes mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam 6.15 petang. Hasil saringan COVID-19 didapati positif.



Mankala, kes kematian ke-136 (iaitu kes ke-11185) merupakan lelaki juga warganegara Malaysia berumur 70 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit barah peringkat akhir. Kes telah meninggal dunia di rumah pada 26 September 2020 dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau, Sabah. Hasil saringan COVID-19 didapati positif pada 29 September 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 89 kes baharu yang dilaporkan itu, tiga membabitkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan bakinya 86 kes penularan tempatan.



Dr Noor Hisham berkata, terdapat 28 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 9,967 kes.

"Sehingga kini, 16 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen