Busana pengantin sangat memainkan peranan penting di hari bahagia, bukan hanya sekadar pemilihan warna tetapi juga rekaan busana itu sendiri tentunya membawa aura yang lain buat si pemakai.
Menjadi perbualan hangat di media sosial sejak akhir-akhir ini apabila gambar busana pengantin yang sangat menawan dari butik pengantin Teh Firdaus mendapat perhatian warganet.
Nampak lebih elegent
Sama cantik, sama padan bertambah berseri dengan busana yang dikenakan, pasangan pengantin yang dikenali sebagi Arif Azmi dan tengku Ameeraa ini telah mengenakan busana pengantin klasik dari butik Teh Firdaus. Memilih biru muda yang sangat lembut menaikan lagi seri pasangan sejoli ini.
Majlis sebulan yang lalu
Walaupun majlis telah berlangsung sebulan yang lalu, namun gambar itu kembali menjadi tumpun selepas Teh Firdaus memuat naik gambar tersebut di laman facebooknya.
Pasangan ini selamat diijab kabulkan pada bulan yang lalu dan melakukan majlis persandingan selepas beberapa hari akad nikah berlangsung. Malah, hal tersebut juga dikongsikan di Instagram milik pasangan ini.
“Sedap mata memandang dan lebih class...” itulah antara komen-komen yang diberikan oleh netizen. Malah, ada juga yang akan mengambil inspirasi dari gambar ini untuk baju persandingan mereka kelak.
Tinggalkan Komen