Hilang arah selepas kematian ibu bapa, remaja cina peluk Islam

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidayah itu milik semua orang, pemergian ibu bapa secara tiba-tiba telah membuat Mohd Haikal Chu hilang arah dan membuka jalan mendekatkan diri dengan Islam.



Menurut laporan Harian Metro, Mohd Haikal atau nama asalnya, Chu Kok Yoong yang berasal dari Ulu Beranang, Lenggeng, Negeri Sembilan berkata dia berdikari selama enam bulan sehinggalah seorang kawan mengajaknya tinggal bersama di Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi, Sabak Bernam.

"Hampir enam bulan saya hilang arah hidup apabila ibu dan ayah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Mac lalu.

 

"Pada mulanya, saya sukar menerima hakikat mereka pergi dalam sekelip mata. Bagaimanapun, Allah memudahkan perjalanan hidup apabila saya tinggal bersama rakan di sini (Sabak Bernam) dan kemudian diambil sebagai anak angkat," katanya.

Sejak itu dia berazam untuk mendalami agama Islam bagi mengisi kekosongan di hati selain mengubati kerinduan terhadap kedua ibu bapanya.

Katanya, selepas mengambil keputusan memeluk Islam bulan lalu, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi pendakwah seperti Ustaz Ebit Lew.

Mohd Haikal yang juga anak tunggal berkata, dia bersyukur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar, Rizam Ismail prihatin dengan nasib dialami dan memasukkannya ke maahad itu.

Jelasnya, sebelum ini dia tidak bersekolah kerana membantu ayah dan ibu mengutip besi buruk. Apabila diberikan peluang ini, dia akan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan.

Dalam pada itu, Rizam menerusi status di Facebook miliknya berkata, beliau telah mendaftarkan Mohd Haikal di maahad itu.

"Sama-sama kita doakan semoga adik Mohd Haikal agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan agama," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen