Pemanggil radio sebak, 3 bulan pura-pura pergi kerja dari pengetahuan isteri setelah dibuang kerja

Oleh: Zuzu Yasmine

Wabak Covid-19 yang melanda dunia ini sememangnya memberi kesan kepada ramai orang. Ada yang kehilangan insan tersayang malah ada juga yang kehilangan kerja kerana masalah ekonomi yang membimbangkan.



Tapi setiap orang ujian yang perlu dilalui itu tidak sama, menerusi satu panggilan telefon di Suria fm, seorang lelaki berkongsi satu kisah yang mungkin akan menyentuh hati semua pihak.


Dibuang kerja kerana Covid-19

Topik pada pagi itu mengenai interview telah menarik minat lelaki itu untuk membuat panggilan dan berkongsi kisah yang dilalui. Ingin dikenali sebagai Mat, dia berkata dia adalah seorang suami dan telah dibuang kerja tiga bulan lalu tanpa sebarang notis.

Katanya, dia tidak memberitahu isterinya mengenai situasi yang dia hadapi. Namun begitu, setiap pagi dia masih melakukan rutin yang sama seperti sebelum itu, dengan keluar pagi memakai pakaian kerja tapi dia juga membawa baju persalinan lain untuk kerja hariannya.



Alhamdulillah...

Jelasnya dia rasa serba salah untuk memberitahu isterinya kerana tidak mahu bimbang dan tahu ramai juga berdepan dengan masalah seperti ini. Dia juga lalui perkara ini selama tiga bulan tanpa pengetahuan isterinya.

Alhamdulillah, 14 september lalu dia diterima kerja di tempat yang baru. Tapi lebih sebak bila dia hanya memberitahu isterinya dia ada interview namun, masih tidak berkongsi akan kisahnya dibuang kerja.

Sedikit pesanan dari beliau

Nasihatnya buat mereka yang sedang struggle di luar sana, sesiapa yang dibuang kerja atau sedang mencari kerja untuk percaya pada diri sendiri dan yakin Allah akan membantu.


Tentunya panggilan ini akan menyentuh mana-mana hati pendengar yang mendengar radio saat itu. Kegigihan suami ini dalam melaksanakan tanggungjawab sememang patut dipuji.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen