"Bayi meninggal dalam kandungan selepas 18 minggu..." Ibu ini kongsi kisah sedih

Oleh: Zuzu Yasmine

Kehilangan insan yang ditunggu sememangnya akan meruntunkan hati sesiapa saja, nak-nak lagi jika anak itu meninggal di dalam kandungan. Belum sempat bersua muka, tetapi Allah lebih sayangkan anak kecil itu.


Seperti perkongsian kisah yang dikongsikan oleh Puan Solehah kehilangan anak dalam kanduangan bagaikan satu mimpi ngeri buat dirinya dan suami. Dikatakan bayinya yang diberi nama Umairah itu mengalami masalah cystic hygroma, iaitu keadaan di mana wujudnya kantung cecair pada bahagian leher atau kepala akibat penyumbatan sistem limfa. Pun begitu, ia boleh wujud di mana-mana bahagian badan.




Mimpi ngeri buat mama papa

Menurut perkongsian darinya, bagaikan mimpi ngeri selepas dia dan suami ketahui perkara tersebut. Itu pun selepas membuat temujanji dengan pakar dan melakukan scan.



Berlaku dari awal persenyawaan

Sebanyak tiga orang doktor pakar lakukan imbas baby untuk sahkan perkara tersebut malah doktor juga menasihati mereka dalam memilih keputusan yang tepat.










Tak ada alahan hanya mengidam saja

Tulisnya lagi, dia terkilan kerana tidak berkesempatan menjaga anaknya sehingga besar, namun pada masa yang sama berterima kasih kerana diberi peluang merasai walaupun hanya 18 minggu.






Baby meninggal dalam kandungan


Selepas beberapa hari, dia kembali semua ke hospital dan mendapati anaknya telah meninggal di dalam kandungan, malah juga menyerah diri ke hospital selepas bayinya tidak mahu keluar dengan sendiri. Walaupun dalam keadaan sedih, dia dan suami bersyukur diberikan ujian seperti ini, malah percaya akan digantikan perkara lain pada masa akan datang.







Diharapkan terus kuat berdepan dengan dugaan ini, insyaAllah akan digantikan dengan lebih baik kelak.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen