"Nak kahwin dengan aku tak?" Cara sempoi Fendy Bakry lamar isteri memang sweet

Tidak ada istilah bercinta, hanya kawan biasa itulah detik permulaan hubungan pelakon Fendy Bakry,32, dengan isterinya yang dikenali sebagai Ayu.



Menurut Fendy, dia terdetik nak melamar isterinya apabila terlihat ciri kebaikan yang ada isterinya malah, dia juga merasakan sudah tiba masa untuk mendirikan rumahtangga. Gaya melamar pasangannya itu juga lebih sempoi dan memilih untuk bercinta selepas berkahwin.

“Sudah sampai masa untuk berumahtangga. Jadi saya tanya pada dia ‘kau nak kahwin tak dengan aku’. Kami uruskan persiapan nak kahwin pun dalam masa dua bukan saja. Kiranya, kami ini bercinta selepas kahwin,” katanya.

 

Dia juga memanjatkan rasa syukur kerana gembira selepas kehadiran isteri tercinta di sisi, serta hidupnya kini lebih tersusun.

“Alhamdulillah seronok... bangun pagi, ada orang dekat sebelah. Kehidupan saya selepas berkahwin ini lebih tersusun. Syukur ada seorang isteri yang memahami kerjaya saya.

“Saya rasa bertuah sebab ada isteri seperti dia,” tambahnya.

Jelasnya, bukan niat nak merahsiakan perkahwinan tapi memikirkan soal keselamatan berikutan wabak Covid-19 antara sebab dia mengambil langkah tersebut.

“Majlis diadakan hanya boleh jemput 250 orang sahaja. Walaupun ada had untuk tetamu tapi bimbang tak boleh nak sekat orang datang. Tak akan nak halau.

“Jadi kedua-dua keluarga ambil keputusab untuk buat apa yang penting saja, sebab itu kami adakan majlis tertutup,” jelasnya.

Apa-apa pun, semoga perkahwinan yang terbina berbahagia dan kekal hingga akhir hayat.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen