"Rezeki sempit rasa tak cukup selalu, cuba suami lihat balik 5 perkara ini..." - Imam Muda Hassan

Pernah atau tidak suami tertanya-tanya, kenapa rasa tak cukup sedangkan gaji yang diperolehi lebih dari cukup, lain la kalau gaji itu sememangnya hanya cukup makan saja. Ataupun, pernah atau tidak suami terasa sempit, sedangkan telah lakukan tanggungjawab dengan baik.



Dalam setiap rezeki kita ada rezeki orang lain, itulah sering kali kita dengar tapi dah sedekah pun masih lagi terasa kurang, tak ikhlas ke hati ni?

Sebagai seorang suami, jika anda masih lalui perkara ini cuba fahami perkongsian dari Imam Muda Hassan ini.

Selalu terasa rezeki tak cukup

Menurut perkongisan di laman Instagram miliknya, dia pernah mendengar beberapa suami keluahan mengenai rezeki yang agak berat dan sempit nak masuk. Mana-mana suami tentunya pernah berdepan dengan situasi ini.





Mana silap sebenar?

Jika berdepan dengan situasi ini, cuba lihat tanggungjawab yang telah anda lakukan. Sudah jadi yang terbaik ke buat ibu bapa, Allah, mertua dan juga isteri?





Abaikan nafkah isteri

Banyak suami yang terlepas pandang bab nafkah dengan isteri ini. Buat baik dengan yang lain tapi bila bahagian isteri dilupakan.






Suami-suami jangan lupa akan nafkah pada isteri dan keluarga. Tanpa sedar, mereka ini juga lubuk rezeki anda.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen