'Jalan Palestin' di tengah bandar Kuala Lumpur, tanda sokongan penuh rakyat Malaysia

Oleh: Zuzu Yasmine

Peperangan sengit antara bumi Palestin dan juga Israel sememangnya sudah diketahui umum. Malah, Malaysia antara negara yang tidak pernah henti memberi sepenuh sokongan kepada bumi Islam yang terjajah itu.


Saban tahun, Malaysia tidak pernah putus menghantar bantuan kemanusiaan kepada negara tersebut setelah berdepan dengan konflik yang tiada penyelesaiannya.

Kuatkan hubungan dua negara

Sebagai menguatkan tanda sokongan yang sudah terbina, satu jalan di tengah Kuala Lumpur telah dinamakan sebagai “Jalan Palestin” serta telah dirasmikan baru-baru ini.

Berdasarkan laman Facebook Viva Palestina Malaysia, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Duta Besar Palestin di Malaysia telah merasmikan jalan tersebut.

Sokongan padu rakyat

Kewujudan nama jalan ini bukan saja tanda sokongan penuh Malaysia kepada negara tersebut tetapi membentuk persaudaraan yang lebih kuat antara kedua-dua buah negara ini.



Malah, perkongsian tersebut mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata setuju dengan tindakan tersebut serta gembira akan sokongan penuh yang diberikan oleh Malaysia kepada negara tersebut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen