Ibu bapa selalunya inginkan yang terbaik buat anak-anaknya. Sebab itu bila bab pasangan hidup ini rata-rata ibu bapa lebih memilih berbanding anak. Bahkan, ada juga yang sudah mendirikan rumahtangga sekali pun masih lagi diatur oleh ibu bapa.
Kadang menantu mahupun mertua kena tahu batas mereka masing-masing, bila terlepas batas inilah yang membuatkan masalah lain pula timbul. Menerusi capaian Twitter Da’i Wan, mak ayah perlu melepaskan anak-anak mereka tak kiralah lelaki atau perempuan apabila sudah bernikah.
Lepas kahwin anak bukan tanggungjawab ibu bapa lagi
Menurutnya, ada sesetengah ibu bapa yang masih lagi mengawal anak-anak mereka walaupun sudah mendirikan rumahtangga. Sedangkan selepas berkahwin, itu tanggungjawab diri sendiri ataupun suami mereka.
Menantu jangan cepat terasa hati
Tidak hanya itu saja, beliau juga sempat memberi nasihat kepada menantu, jangan cepat sangat ambil hati dengan sikap ibu bapa tetapi lebih baik terima teguran dengan hati yang terbuka.
Saling menjaga
Jelasnya lagi, kadang bukan menantu saja yang perlu menjaga hati mertua tetapi lebih elok kalau masing-masing saling menjaga hati antara satu sama lain.
Isu salah faham dan terasa hati antara mertua dan menantu ini bukan isu yang baru, paling penting setiap orang tahu batas dan memahami peranan mereka dengan baik. Jangan pula disebabkan terlalu melindungi akan memberi kesan yang buruk.
Tinggalkan Komen