Genggam tangan ayah saat keliling kampung, tindakan Menteri Agama buat ramai tersentuh

Berjalan berpimpin tangan dengan ibu bapa saat dewasa ini lain rasanya berbanding saat masa kecil. Satu tindakan yang sangat dihargai oleh ibu bapa malah patut dicontohi. Itulah yang dilakukan oleh Menteri Agama, datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, yang telah memuat naik video dan gambar dirinya menziarahi ayahnya di kampung.


Berpimpin tangan keliling kampung

Dalam rakaman yang dikongsi itu, tindakan beliau yang menggenggam erat dan mesra tangan bapanya di setiap langkah menyentuh hati sesiapa yang menontonnya.


Singgah sebentar selepas urusan rasmi

Dr Zulkifli juga memaklumkan bahawa dia mempunyai urusan rasmi di Pantai Timur dan telah singgah sebentar ke kampung halaman melihat bapanya sebelum pulang ke Kuala Lumpur.



Ziarah pusara ibu

Dikesempatan itu, beliau juga mengambil kesempatan menziarahi pusara arwah ibunya.


Perkongsian itu telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata memuji tindakan beliau, malah ada yang menyatakan ini adalah contoh terbaik buat anak-anak.


Artikel Lain

Tinggalkan Komen