Tak henti puji roti isteri 'sedap dan gebu', pakcik ini bangga dengan roti buatan isteri

Orang kata kalau berniaga dengan ikhlas lebih mudah nak dapatkan pelanggan, malah kalau jual makanan pun akan terasa lebih sedap. Tapi itulah, setiap orang tentunya ada taktik yang tersendiri untuk buat perniagaan bertambah maju.



Tapi kalau guna taktik berkomunikasi dengan pelanggan akan buat pelanggan terasa lebih dekat dan mesra, macam pakcik ini.

Jual 22 jenis roti di RNR

Tular di laman Twitter baru-baru ini, seorang pakcik menjual pelbagai jenis roti. Menerusi capaian Twitter milik Aisya J, dia berjumpa dengan pakcik ini di RNR Sungai Buloh yang menjual 22 jenis roti.

Malah dalam rakaman tersebut, pakcik ini sempat memuji bahawa itu adalah roti yang tersedap di Kuala Lumpur yang dibuat sendiri oleh isterinya.

Menurut Aisya, dia tertarik dengan pertuturan pakcik ini dalam bahasa Inggeris yang sangat jelas.

Mesti puji isteri

Mempunyai pelbagai jenis perisa, pakcik itu sendiri menyatakan bahawa ia diadun dan dibakar oleh isterinya.

Dalam rakaman tersebut jelas menunjukkan bahawa pakcik ini seorang yang peramah dan sangat bagus dalam komunikasi pada pelanggan, paling penting pakcik ini tak jemu nak puji roti buatan isterinya.


Perkongsian ini mendapat perhatian dari warganet, malah ada beberapa yang menyatakan bahawa roti pakcik tersebut memang sedap. Bahkan, ada juga netizen ingin mencuba roti yang dijual oleh pakcik tersebut.



Artikel Lain

Tinggalkan Komen