Sweet setiap orang itu berbeza, tapi makin lama kahwin makin sweet. Kadang cuma tak nampak je.

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata dalam rumah tangga ni, makin lama kahwin makin rak sweet dah dengan pasangan. Dah tak ada macam masa mula-mula bercinta dan masa kahwin, dah tak ada bunga dan suprise lagi dah. Yang ada pertengkaran kecil, salah faham dan bermasam muka je, itu semua dah tak sweet.



Itu yang mula rasa cemburu dengan pasangan lain tu, sebab pasangan kita dah tak sweet lagi. Tapi, menurut perkongsian dari Puan Farizal Radzali, sweet setiap pasangan itu berlainan semuanya bergantung kepada setiap individu.



Dalam perkongsian beliau, bila pasangan lakukan sesuatu yang sweet mesti akan segera ditayang di media sosial. Walaupun sekadar nak berkongsi je tapi boleh jadi ia disalah anggap oleh orang lain.

Sweet sebenar dalam rumahtangga

Jelasnya lagi sweet suami isteri ini bukan hanya pada apa yang ditunjuk tapi ada sweet lain yang ramai tak sedar.


Saat susah paling sweet

Tulisnya, masa masing-masing baru nak mula hidup, dengan masih redah hujan panas menggunakan motosikal, ikat perut demi besarkan anak-anak. Itulah sebenarnya saat yang paling sweet dalam hubungan suami isteri.

Rumahtangga makin lama makin sweet

Tambahnya, lihat saja ibu bapa sebagai contoh yang terdekat. Walaupun kadang masam muka, tapi bila tak nampak muka tetapi saja akan dicari. Bila makin tua hubungan rumahtangga akan semakin sweet malah makin tak nak berjuahan dengan pasangan.


Walaupun rasa pasangan tak sweet macam orang lain, tapi segeram mana pun dengan dirinya, dialah yang akan dirindui kelak.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen