Situasi Covid-19 membimbangkan, orang ramai diminta tampil menderma darah

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan kes Covid-19 agak membimbangkan di dua negeri baru-baru ini, Pusat Darah Negara meminta orang ramai untuk tampil menderma darah bagi memastikan stok darah yang optimum di tabung darah seluruh negara.


Menurut akaun Twitter rasmi Pusat Darah Negara, seruan ini dibuat berikutan kes peningkatan Covid-19 yang semakin membimbangkan di Kedah dan Sabah.

“Situasi Covid-19 di Kedah dan Sabah agak membimbangkan. Ini akan turut memberikan impak kepada pendermaan dan bekalan darah di negeri-negeri yang terlibat.

“Para penderma darah diseru untuk tampil menderma secara berkala demi memastikan stok darah yang optimum,” tulisnya.

Susulan itu, orang ramai yang berkelapangan diminta untuk merujuk tabung darah berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen